Kesian kat Kawan aku sorang ni

11 02 2010

Word of the Day

antecedent |ˌantəˈsēdnt|
noun
a thing or event that existed before or logically precedes another : some antecedents to the African novel might exist in Africa’s oral traditions.

• ( antecedents) a person’s ancestors or family and social background : her early life and antecedents have been traced.
• Grammar a word, phrase, clause, or sentence to which another word (esp. a following relative pronoun) refers.
• Logic the statement contained in the “if” clause of a conditional proposition.
• Mathematics the first term in a ratio.
adjective
preceding in time or order; previous or preexisting : the antecedent events that prompt you to break a diet.

• denoting a grammatical antecedent.
DERIVATIVES
antecedence |ˈøn(t)əˈsidns| noun
ORIGIN late Middle English : from Old French or from Latin antecedent- ‘going before,’ from antecedere, from ante ‘before’ + cedere ‘go.’

Masa makan tengahari tadi, akhirnye aku dapat le makan dengan sorang member aku yang kerja kat salah satu bank yang besar kat Malaysia ni. Dah lama dah nak jumpa, tapi disebabkan kawan aku sorang ni tengah dalam proces nak ambik alih tugas (naik pangkat), maka tersangat lah sibuk kawan aku. Nak kena uruskan macam2. Jadi kami berdua g le makan kat San Francisco Coffee kat KLCC. Aku makan ringan je, ambik ice blended vanilla & chicken puff lepas tu kawan aku ambik ice blended chocolate & carbonara.

Biasa le kan, bila sembang2 dgn orang2 dalam corporate world ni, macam2 yang diaorang cerita. Tapi yang aku paling tak suka kat corporate world ni sikap survival yang ramai bos2 sekarang ambik. ‘Don’t offend your boss. Work smart’. Kawan aku ni dalam proces nak ambik kerja bos dia yang kalau tak silap aku nak pencen @ tukar jabatan. Masa dia cite pasal masalah dia… mak ai.. kesian aku kat dia. Mana taknye, kalau aku pun tak sanggup nak ambik tanggungjawab tu walaupun gaji besar. Aku ada le bagi sikit2 idea macam mana nak mula supaya nanti bila dia dah jadi boss kat jabatan tu, orang2 kat atas tak boleh nak salahkan dia kalau timbul masalah disebabkan oleh ‘legacy’ yang ditinggalkan oleh bos dia sekarang. Contoh macam mempergunakan orang2 yang berpengaruh macam auditor untuk tolong dia, senaraikan masalah2 yang kritikal untuk diselesaikan adalah idea2 spontan aku yang aku dapat bagi. Nanti bila aku ada idea yang lagi bernas, aku nak emailkan kat dia je.

Konkulsinye, naik pangkat best.. tapi betul ke awak tu layak nak memegang tanggugjawab tu? Apa perancangan anda untuk menghadapi dan menguruskan tanggungjawab anda yang baru itu? Nasihat aku, ‘analyze n strategize’, ‘plan your work’ dan insyaallah anda boleh memegang tangungjawab tersebut. Kalau tak berani, tolak je lah.. tak pun jadi bos sendiri macam aku ni..

Nak konsultansi.. email aku. Tak pun, beli produk dari aku, aku boleh bagi konsultansi lisan secara percuma.. 🙂





KWSP.. baru tadi dapat hantar borang

8 02 2010

Word of the Day
compulsive |kəmˈpəlsiv|
adjective
1 resulting from or relating to an irresistible urge, esp. one that is against one’s conscious wishes : compulsive eating.
• (of a person) acting as a result of such an urge : a compulsive liar.
2 irresistibly interesting or exciting; compelling : this play is compulsive viewing.
DERIVATIVES
compulsively |kəmˈpəls1vli| adverb
compulsiveness |kəmˈpəls1vn1s| noun
ORIGIN late 16th cent. (in the sense [compulsory] ): from medieval Latin compulsivus, from compuls- ‘driven, forced,’ from the verb compellere (see compel ). Sense 1 (originally a term in psychology) dates from the early 20th cent.

Zaman sekarang ni, KWSP dah jadi macam bank le pulak. Sikit2 EPF. Isi borang keluar duit utk beli rumah, kurang hutang rumah, melabur le.. macam2 dah kemudahan KWSP la ni dk bagi kat kita. Aku dah keluar KWSP untuk rumah aku 3 kali dah. Dan kali ni, aku mintak keluar duit KWSP untuk bayar balik duit CC aku yang aku guna nak bayar yuran semester dua kat OUM bulan lepas.

Susah jugak sebenarnye nak keluar duit dari KWSP ni. Borang kena isi, bahan2 sokongan macam surat pengesahan dari universiti, keputusan terkini, resit yuran, semuanye mesti ada. Borang aku dah lama aku isi. Yang lembabnye, kena tunggu keputusan aku. Susah le nak cakap dengan dia orang ni. Kalau aku jadi auditor dia orang ni, dah lama aku bagi ‘sup kambing yang baik punye kat dia orang ni. Kerja macam hendak tak nak je. Buat pengumuman dalam LMS cakap result dah keluar. Bila periksa dalam aku punye profil, tak keluar pulak. Bila tanye, kenapa tak buat pengumuman dalam LMS, terkucil nak menjawab. Kena bancuh dengan aku baik punye. Aku siap cakap, “oo, yuran suruh bayar cepat-cepat. Tapi keputusan keluar lambat. Macam ni, saya nak claim penalti kat OUM boleh tak? Claim sebab servis tak memuaskan”.. dia je budak tu.

Aku tak tahu le samada budak tu layak ke tak jawab soalan aku. Tapi aku akan perati lagi sekali bila keputusan aku keluar Mei ni. Kalau lagi sekali buat aku macam ni.. memang aku ‘shoot’ satu surat/memo kat VC dia. Nak bagitau macam mana budak2 dia buat kerja.

Apa2pun, sekarang ni aku dah hantar borang.. sekarang tunggu duit masuk… untuk bayar hutang…

21 hari bekerja…

Picture of the day

Canon EOS 300D Digital Rebel
1/30s f/9.0 at 40.0mm iso200 full exif

Credit : http://www.pbase.com/clickaway/image/50589205





Apa tajuk yang sesuai ni?

6 02 2010

turbulence |ˈtərbyələns|
noun
violent or unsteady movement of air or water, or of some other fluid : the plane shuddered as it entered some turbulence.
• figurative conflict; confusion : a time of political turbulence.
ORIGIN late Middle English : from Old French, or from late Latin turbulentia, from turbulentus ‘full of commotion’ (see turbulent ).

Aku nak buat standard. Macam mana ‘blog’ aku ni akan aku tulis dan present. Jadi ni dia punye ‘outline’ secara mudah

  1. English word/Quotation of the day
  2. Aku akan tulis aku punye blog ikut sedap aku lah..
  3. Gambar barang sekeping dua atau pun lebih.

Jadi untuk hari ni, aku dah mula. Nape aku nak tulis word of the day ni. Hehe, saja. Lagipun, aku pun nak ‘improve vocabulary’ aku. Korang nak tahu mana aku dapat ‘word of the day’ ni? Lain kali lah aku cite dengan korang.

94460934-1-djlllwtn.jpg

http://www.pbase.com/oldcanon/image/94460934

Canon EOS 300D Digital Rebel. Tamron sp 90 f2.8, 1/60s, f/4.0 at 90.0mm, iso100





Jom Mula Dengan Sesuatu

5 02 2010

Jadi mula dengan diri aku je lah senang kan. Aku dah lama bosan buat kerja dengan orang ni. 13 tahun.. macam macam perangai aku jumpa. Aku pun dan hampir jadi macam ramai orang yang aku jumpa. Bosan dengan kerja, bos, kawan2 ofis dan macam2 lagi. Jadi sekarang, aku dah mula dengan sesuatu yang aku. Insyaallah, sesuatu yang baik. Jadi bos kepada diri sendiri.

Atas ni business card aku yang baru. Islamic Estate Planner. Bagi service kat ramai Muslim yang kat luar tu yang masih lagi belum ada wasiat. Jadi, sapa2 yang berminat nak tulis wasiat, hubungi aku ye. Merci!